Monday, 21 November 2011

hadis rasulullah S.A.W

assalamualaikum
hari ini saya nak menceritakan hadis rasulullah S.A.W yang ke 31,
diriwayatkan dari abu huairah r.a meriwayatkan rasulullah S.A.W bersabda apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari,janganlah bercakap yang keji dan kotor .apabila dia dicaci  maki atau diajak berkelahi oleh seseorang ,hendaklah dia berkata  sesungguhnya aku berpuasa 
 (hadis riwayat bukhari dan muslim)

Friday, 18 November 2011

empat pertanyaan yang mesti dijawab

hadis rasulullah S.A.W
empat pertanyaan yang mesti dijawab
ertinya:
daripada abu barzah nadhla bin ubaid al aslami r.a rasulullah S.AW bersabda berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba(di hadapan allah S.W.T pada hari qiamat)sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya,untuk apa ia dihasbikannya dan akan ditanya ilmu nya,untuk apa ia melakukanya dan akan ditanya tentang hartanya,daripada mana ia merpeoleh dan untuk apa dibelanjakan dan akan ditanya tentang tubuh badanya,untuk apa dihabiskanya
(digunakanya)
hadis riwayat  tirmizi

Quran Explorer

Quran Explorer

Sunday, 28 August 2011

Al Quran

assaalamualaikum hari ini  Iman hanya nak share kebaikan al Quran . Jomlah kita baca al - Quraan  daripada tak buat apa-apa, 12 minit pun dah ok. Ayah saya baca dalam surat khabar, ada seorang hafiz membaca al-Quraan selama 12 jam,Quraan is in your heart.Adakah nafsu kita kuat atau iman kita kuat? Sebenarnya kita kena recharge iman kita, contoh kita main handphone lama-lama battery kita lemah kita kena charge handphone,Quraan ini manual untuk kita,contohnya kita tak tahu guna kereta,kita kena tengok manual kereta,sama dengan Quraan. Tanpa manual hidup kita akan jadi kelam kabut.Jadikan Quran bestfriend kita.itu saja wassalam.

                                    

                                       

Wednesday, 13 July 2011

Imam Muda

Assalamulaikum kali ini Iman nak kongsi pengalaman Iman  menonton rancangangan favourite iaitu
 Imam Muda.  Iman seronok sangat sebab grandpa dan grandma pun datang untuk tonton sekali. Iman suka sangat tazkirah ringkas IM Hassan dan IM Nazrul. IM Hassan memberi tazkirah yang bertajuk akhlak mulia, IM Nazrul pula memberi tazkirah yang bertajuk menghormati ibu bapa.Selepas itu pula  IM Hassan dan IM Nazrul meenjawab soalan Hadith. Selepas itu pula IM Hassan dan IM Nazrul  membaca ayat suci Al- Quraan karim iaitu Surah- Al-mukminun.selepas itu pula ustaz Haji Hassan Mahmud al - Hafiz mengumumkan pemenang pertama. IM yang menjadi menjadi johan ialah.......... IM Hassan


Friday, 1 July 2011

ibu bapa

Assalamualaikum,

hari ini saya nak ceritakan tentang surah al luqman yang berbunyi,

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).



jadi kita jangan buat jahat kepada kedua  ibu bapa.Sekalipun dengan  Ah kerana ibu kita telah melahirkan kita dan mengandungkan kita dalam keadaan lemah, dan jangan lupa ayah kita pun kita kena  hormat juga. Ibu bapalah yang telah menjaga dan membesarkan kita.Itu sahaja untuk kali ini . wassalam


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim

Hadis Rasulullah S.A.W

Tasbih dan zikir


assalamulaikum,
hari ini saya nak cerita tentang hadis rasulullah S.A.W yang berbunyi 

 "Siapa yang membaca tiap habis shalat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus membaca 'Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir' maka akan diampunkan baginya semua dosa-dosanya meski pun sebanyak buih air laut." (HR Muslim).



Jadi apa tunggu lagi, jadi jomlah kita beramal,kalau kita zikir selepas solat maka hati kita akan tenang insha -allah. Allah juga menjanjikan pengampunan dosa.itu saja wassalam.